:bicara si hati:

:Do you like my blog?:

20130223

SEKUAT-KUAT MANUSIA AKAN LEMAH JUA

Assalamualaikum.

Kisah ini aku perlu abadikan di sini.
Buat tatapan aku pada masa hadapan.

Kisah yang membuatkan aku sangat lemah.
Mujur ada sahabat-sahabat yang angkat aku semula ke atas.
Terima kasih sahabat.
Tanpa kamu semua, aku mungkin tewas.
Tewas dalam permainan duniawi.

Buat kamu yang membuat aku begini.
Terima kasih kerana menyedarkan aku tentang pangkat dan darjat.
Lumrah alam.
Manusia yang lemah ditindas.
Yang berkuasa berada di atas.
Terima kasih dan maaf.
Maaf kerana hilangnya hormat aku kepada kamu.
Maaf kerana hanya setakat ini aku mampu menongkah tembok kesabaran aku.
Maaf kerana aku tidak akan memandang kamu seperti yang sepatutnya.
Maaf.Maaf dan maaf.
Dan.
Jika dengan menfitnah membuatkan kamu bahagia,
Aku bersyukur kerana membahagiakan kamu.
TERIMA KASIH DR!

P/s : Aku hanya manusia yang lemah.

With love,
Farhana

BABAK PERTAMA

Assalamualaikum.

KL. Apa yang aku dapat dari KL? 
Jawapannya, aku dapat sakit kepala sebab kena hujan sesampainya di sana, dapat jumpa atlet yang cun melecun, dapat jumpa atlet olimpik, window shopping dekat SOGO dan part yang paling best adalah SPEND TIME DENGAN MY PRECIOUS FRIENDS. Itu sangat membahagiakan. Terima kasih kawan-kawan kerana anda-anda merupakan insan terindah dalam hidup aku.

Ini aktiviti kami di KL.
: kekentang goreng :
: Bas baru :

: malam di kota raya :
: sepetang di SSBJ :
: MSN :
: Restoran Jejantas Sungai Buloh :
: Best of the best :

p/s : Jauh perjalanan luas pemandangan. Pengalaman mendewasakan kita.

= LANGKAWI PULAK MENANTI. TUNGGU.

with love,
farhana

20130216

SEHARI BERSAMA MASYARAKAT



ASSALAMUALAIKUM.

Esok fly ke K.L Lumpur. Fly dengan bas IPG Kampus Tuanku Bainun yang baru tu, yang ada 38 seats je tu. Harap-harap dipermudahkan urusan dan perjalanan dilindungi olehNya. Amin Ya robb.

Cerita aku hari ni.
Seharian bersama masyarakat membuatkan aku terbuka dengan dunia luar (luar dari rumah) buat beberapa ketika. BEST JUGAK bila berborak dengan orang, kenal-kenal dengan orang yang aku tak pernah kenal, sembang-sembang dengan adik-adik yang baru belasan tahun walaupun jika aku ada di antara mereka semua, aku yang nampak macam adik-adik. (dush! kali seratus) Mereka BESAR, aku KECIK. Sobs!

Hari ni dengar ceramah. Alhamdulillah tak membosankan. Kalau tak, maen game SNAKE henpon 3310 pon aku sanggup asalkan aku tak mengantuk. Tapi ceramah best, riang ria di hari raya dan memuaskan. Clap! Clap! Clap!

Penutup.
Penat nak taip panjang-panjang malam ni sebab nak kena berkemas sebentar. Walaupun 2 hari perjalanan, persiapan itu penting. Nanti tertinggal apa-apa kan susah. Tak pasal-pasal belum sampai KL dah buang duit dekat R & R. Kan?

*NURNAJWA ARIFAH tengah serabut fikir ada iron tak kat MSN. haha PEREMPUAN. Begitulah.
*Aku nak cakap--------------> KL! Aku datang.


: Ini KLCC yer tuan-tuan dan puan-puan :

Wassalam.

With love,
Farhana

20130215

SATU MALAM DUA CERITA

BABAK PERTAMA - YOOCHUNIE FEVER  

Siapa Yoochun?
: Ini Yoochun :

Aku bukan fanatik. Terjerit terlolong "oppa,I love you. Saranghae oppa!". Berebut-rebut, bergaduh tarik rambut "ni aku punya, ni aku punya". Oh, tidaklah.
Cara aku.
Hanya meng'copy' beberapa gambar dari facebook untuk buat wallpaper lappy. Cool bukan? (Garu dahi yang tak gatal, senyum sombong) hehe
Diam-diam ubi berisi.

Dengan erti kata lain, aku minat. Aku suka. Dah. Noktah. 
Hihihihihihihihihi (malu)

Nah. Ada lagi.

Ini kalau budak maktab, confirm hari-hari aku jalan depan kelas dia.
Hahahahaha, gatai.


BABAK KEDUA - BEST FRIEND FOREVER (BFF)

BFF. Apa tu?
Dulu, aku tak pernah tahu apa tu BFF. Dengar orang sekeliling cakap "BFF sana, BFF sini dan situ". Konfius. Apa benda BFF ni? 
Kemudian, aku gunakan kepakaran IT aku yang aku asah sejak bergelar mahasiswi. Dengan bantuan google search engine, terjawab persoalan aku.

Hek elehhh.. BEST FRIEND FOREVER. Sampai guna google bagai tapi it's ok. Aku......Berjaya! (bangga)

Bukan itu yang aku nak highlight untuk cerita aku hari ni. Itu baru muqadimah. 
Cerita aku.
Antara lelaki dan perempuan, tiada istilah BFF ni. Ramai yang bersetuju. Ramai yang pernah alami. Ramai yang telah mengakui. 
Ini penting. Termasuk aku. 

Kalau ikut persekitaran, berkawan di antara lelaki dan perempuan itu normal berlandaskan batas-batas yang telah disyariatkan. Yang jadi masalah bila kasih antara kawan bertukar jadi kasih antara kekasih. Ini masalah. 
Tapi bagi aku, terpulang kepada individu itu sendiri. Rambut sama hitam, hati lain-lain bukan. 

Berkawan dan berkasih itu lain. Ibarat langit dan bumi. Memetik kata seorang teman, mula-mula kawan, lama-lama......
Sendiri mau ingat.

Hati aku.
Janji aku.
Bila aku kasih kepada kekasih, aku akan jadi pencinta yang setia. 
*sweet*
Dear my future husband, 
Jika kamu setia, aku akan dua kali ganda setia.

Rojer n out. (kemas barang, esok nak balik hostel)
OH! MY HOSTEL LIFE.

Wassalam~

20130214

WAHAI PEMILIK NYAWAKU

ASSALAMUALAIKUM

dah lama tak update, tak berblogging, tak intai-intai blog orang tapi disebabkan seseorang, aku kembali. 
 terima kasih kepada anda nun jauh di sana kerana membuatkan aku kembali mencari blog yang telah lama dianaktirikan oleh aku sendiri. (kejam)

* Memenuhi permintaan sahabat NURNAJWA ARIFAH supaya aku update blog*
P/S : aku dah update. Sila baca. Tak payah bising-bising kata aku tak update lagi!

Ok. Kembali ke tajuk asal.
Ini cerita aku.
Cerita yang bersarang di hati dan aku lakarkan dekat kanvas maya ini.

R.E.A.C.H.
Satu akronim yang menarik minat aku, mengganggu fikiran aku, emosi aku dan sudah semestinya hidup aku.
Apa itu R.E.A.C.H ?
Sebenarnya aku pon tak tahu apa maksudnya. Tapi dah cukup buat aku jadi TIDAK WARAS (gila bayang, maybe).

Jadi, aku mula jana kekretifan otak aku cipta ayat guna akronim tu.
R = Rasa
E = Engkau
A = Aku
C = Cuba
H = Hayati
*kretif bukan hanya ada pada seni visual* Well~

* Fewwwwiiiitttt...Suka hati aku je kan.. Tak apa lah.
Kenapa la dengan aku? Sebab huruf-huruf pon nak goyang? chill~
Inilah yang dinamakan kuasa huruf ABC. Beware anak-anak murid. Bulan 4 nantikan kehadiran cikgu garang ni nak ajar kamu-kamu semua kenal huruf-huruf!

INI AKU.
Melalui lagu aku lampirkan rasa hati.
JADI.
Lagu untuk kali ini adalah :
Juniel-bad man.

Wassalam~
Ni lagu Korea- KPOP gitu~