:bicara si hati:

:Do you like my blog?:

20111104

~BINGKISAN DARI UTHM~

30/10/11-  Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn kali ke 11..
Bagi aku, ikhlas dari hati yang paling dalam, konvo ni yang paling bermakna buat mak abah, keluarga dan yang paling utama tuan punya badan yang konvo..
kenapa?sebabnya..................................................................................


:: UTHM ::
~kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya~
Bagi sudut pandangan seorang adik, dah tentulah konvo neh bagi aku semangat..Semangat untuk aku lebih berusaha untuk majukan diri sampai ke tahap mampu genggam segulung ijazah (walaupun sekarang ni ijazah dah x gulung2 dh).
Bagi sudut pandangan mak abah, dah tentu sangat sangat bangga dengan pencapaian macam tu..bukan senang nak senang kak oii dik oii..Tapi abang aku yang seorang ni dah berjaya buktikan..(mood : terharu)
Bagi sudut pandangan abang aku sendiri, pencapaian ni adalah pencapaian yang sangat memberi seribu satu makna dalam hidup dia.. kenapa?Sebabnya...........................................................................


~hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih~
Bayangkan...
:: gadis dan bunga ::
Dalam keadaan umur dah dewasa, berkeluarga dan ada 3 orang puteri mampu menamatkan pengajian dan menggenggam sebuah kejayaan??Belajar sambil bekerja, belajar sambil menguruskan anak-anak, belajar dan terpaksa berulang-alik dari Johor ke Kuala Lumpur demi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pelajar, belajar dalam kerisauan terhadap kesihatan puterinya seorang yang pernah menjalani pembedahan sewaktu bayi......Sesuatu yang amat membanggakan...Bukan sahaja aku, mungkin semua yang mengenali beliau merasakannya..ll_ll

:: happy family ::
~yang baik jadikan sempadan,yang buruk jadikan tauladan~
Bandingkan...
Bagi seorang pelajar yang belum berumah tangga, belum mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, tak ada komitmen lain selain menuntut ilmu (maksudnya tidak bekerja).. Kenapa masih di takuk lama..Masih belum sedar tentang kejayaan yang belum pasti, masih belum sedar tentang kehidupan yang bakal dijalani..


"Peringatan buat diri sendiri dan insan-insan yang bergelar pelajar..
Berubahlah...Berubahlah...Berubahlah..."


Demi ibu ayah yang selalu mendoakan kejayaan kita...Demi keluarga yang tidak kenal lelah dalam memberi sokongan..Demi guru-guru yang tidak kenal erti jemu dalam mendidik kita...Jasa mereka hanya mampu dibalas dengan kejayaan kita...InsyaAllah..

~SISIPAN~
:: Bunga untuk abang ::
:: Proud to be your lil sis ::


FIGHTING !