:bicara si hati:

:Do you like my blog?:

20111208

~WANITA DAN BUNGA~

BUNGA..Sangat indah di pandangan mata walaupun hanya bersifat sementara..Jika tersalah langkah, akan terlerai kelopak-kelopak daripada kuntumannya..
WANITA..Wanita yang dipuja ialah wanita yang baik akhlaknya, tutur katanya, pembawaan dirinya, sopan-santunnya dan harga dirinya..


IBARAT BUNGA..Ada yang tidak menarik pandangan tetapi harum baunya..Ada yang cantik namun mempunyai bau yang kurang menyenangkan .Ada yang layu dan mati kerana berada dalam tangan yang tidak menghargai dan ada yang subur kerana dipelihara dan mekar mewangi..



Namun, CINTAKAN BUNGA, BUNGA AKAN LAYU, CINTAKAN MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI.. 

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud, " Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita solehah"

KENAPA?

KERANA :
-Sebagai anak, dia akan menjadi anak yang solehah..
-Sebagai remaja, dia akan menjadi remaja yang sangat berhemah..
-Sebagai isteri, dia akan menjadi isteri yang menyenangkan hati sang suami dan patuh serta taat kepada suami..
Sebagai seorang ibu, dia akan menjadi ibu yang penyayang dan penyabar dalam mendidik anak-anaknya..
-Sebagai seorang hamba Allah, pastinya dia akan tunduk dan patuh serta menyerah diri hanya kepadaNya..

Wanita dicipta sebagai penenang hati..Sama seperti bunga..Menghasilkan pemandangan yang tenteram dan mendamaikan..
Wanita dicipta sebagai sumber kasih dan kelembutan..Sama seperti bunga..Kenapa wanita suka bunga? Sebab bunga menunjukkan kelembutan seorang wanita..

PERNAH KITA DENGAR..
 A: Kanda..Kalau dinda jadi bunga, kanda jadi apa?
B: Kalau dinda jadi bunga, kanda jadi kumbangnya..

RIWAYAT HIDUP KUMBANG :
-Kalau baik jenis kumbangnya, bunga akan kembang mekar dan menghasilkan madu yang baik..
-Kalau buruk jenis kumbangnya, bunga akan rosak dan mati..


Pssstt...sukanya~
P/S : Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita..Nilai seorang wanita tidak terletak pada kecantikan rupa paras dan perhiasan yang membalut dirinya tetapi hakikatnya nilai seorang wanita terletak pada budi pekerti, sopan santun dan harga diri..

No comments:

Post a Comment